Monday, 2 May 2016

πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»Langkah Awal Bisnes Tupperware πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Saya Sharifah Radziah. Saya seorang surirumah yang mempunyai empat orang anak. Desakan & tuntutan hidup masa kini membuatkan saya terjebak dengan bisness Tupperware Brands.




Ini ialah set one touch. Saya mula terjebak dalam bisness Tupperware Brands adalah disebabkan set one touch ini. Pada awalnya, sebelum saya mendaftar sebagai ahli tupperware saya ingin membeli set ini daripada seorang kawan. Harga offer pada ketika itu ialah rm175.00 dan rakan saya menjualnya mengikut harga offer tersebut.
Selepas beberapa hari, saya ternampak di facebook seorang seller tupperware juga mengiklan barang yang sama. Saya bertanya berapa harga untuk set tersebut dan seller tersebut memberitahu dia menjual set tersebut pada harga rm135.00 sahaja.
Woww !!!!!
Saya sangat terkejut !.
Kenapa seller ni bole jual harga yang murah macam tu sedangkan kawan saya menjual pada harga yang agak tinggi....
Soalan demi soalan saya ajukan kepada seller tersebut dan beliau dapat menjawab setiap soalan saya dengan baik. Seller tersebut mengajak saya untuk mendaftar sebagai ahli Tupperware Brands supaya saya dapat menikmati pelbagai lagi faedah yang ditawarkan oleh Tupperware Brands.
Saya memberitahu beliau agar memberikan saya sedikit masa untuk berfikir. Kerana saya 'zero knowledge' tentang bisness Tupperware Brands.Lagipun masa tu saya berfikir, mampukah saya menjual produk Tupperware ??? Pada siapa saya nak jual produk ni kerana saya hanyalah seorang suri rumah. Dunia saya hanyalah anak-anak saya. Dan satu lagi, umum tahu bahawa produk ini adalah antara produk yang agak mahal harganya di pasaran.
Seller tersebut menjelaskan sebaiknya kelebihan menjadi ahli Tupperware Brands sehingga akhirnya saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Tupperware Brands bersamanya.
Maka...
Diringkaskan cerita, bermulanya langkah saya sebagai ahli Tupperware Brands pada bulan Oktober 2013. Saya telah di daftarkan oleh seller online tersebut pada 17/10/2013. Maka dengan rasminya pada tarikh tersebut seller tersebut menjadi upline saya dalam bisness Tupperware Brands.
Saya bersyukur & berterima kasih kepada upline saya kerana telah memperkenalkan saya kepada bisness Tupperware Brands.Walau pada awalnya saya rasa macam mustahil untuk saya menjual produk ini, tapi syukur alhamdulillah berkat semangat yang kuat untuk mengubah taraf hidup dan juga tunjuk ajar dari rakan-rakan niaga yang lain, saya berjaya menjana income saya sendiri melalui bisness ini.




Ini adalah sebahagian daripada keluarga besar bisness Tupperware saya. Kami mengamalkan sikap berkerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Walau kami jarang berjumpa, kami tetap mesra berhubung melalui whatsapp. Kami berbincang, berkongsi maklumat segalanya hanya di whatsapp.
Bila sesekali dapat berjumpa macam ni memang riuh jadinya....

Kini Tupperware Brands ada mengeluarkan set one touch yang sangat cantik. Setiap rumah harus ada set ini. Kerana inilah produk terbaik untuk kegunaan harian kita. Saya selaku ahli Tupperware Brands menyarankan kepada anda agar menggunakan set ini sebagai bekas penyimpanan pelbagai makanan anda dirumah.
Saya akan ceritakan kelebihan produk ini di lain masa ye.
Sentiasa mengikuti blog saya ini dari semasa ke semasa. Kerana saya akan kongsikan lagi pelbagai kelebihan produk Tupperware Brands.



Cantik kan...
Siapa suka ???
Angkat tangan...nak oder bole hubungi saya di fb Sharifah Radziah Binti Ahamat @ whatsapp saya di talian 013-7252196
Jumpa lagi...









No comments:

Post a Comment