Monday, 9 May 2016

⭐️⭐️ Tinggal 3 Hari Lagikk ⭐️⭐️






Call/SMS/WhatsApps 013-7252169
Call/SMS/WhatsApps 013-7252169
Call/SMS/WhatsApps 013-7252169

Wednesday, 4 May 2016

Rahsia Istimewa Ahli Tupperware ~ Part 1.

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Arini tak nak citer pasal produk Tupperware ye. Nak citer pasal bestnyer jadi ahli Tupperware.
Haaa...teruja tak nak tau ?

Macam yang saya dah citer sebelum ni, saya join ahli pada 17/10/2013. Tapi masa tu saya kalut & blurr sorang2. Huhuhu...ye la. Saya kat Simpang Renggam Johor, upline saya nun di Terengganu sana. Jumpa pun tak. Kenal tak bape ari pun kat fb. Hehehe...dan saya tak cakap pun kat upline saya yang saya ni nak buat bisness. Daftar ahli sebab nak beli Tupperware pada harga yang lebih murah. Tak yah duk merayu kat seller minta diskaun. hahahah..

Di pendekkan citer, pada satu masa upline saya ada buat cabaran kat setiap downline die. Alahai....bukan susah sangat cabaran tu kalau kena kat orang yang kepala bisness. tapi sebab saya ni tak de niat nak bisness, jadinya macam "ishh...bole ke aku buat & dapatkan hadiah tu?" 
Maklum je la kan...saya ni zero knowledge pasal bisness online ni. Heheheh...
lagipun saya fikir saya tak ada satu apa pun yang saya bole gunakan untuk buat promosi. Katalog tak de. Barang lagi la tak de. Huhuhu....

(gambar hiasan je ni...)

So... cabaran upline saya tu saya abaikan je. Dalam hati tak pe la tak dapat pun hadiah tu. Lain kali beli sendiri. Haaaa... jahat tak kata hati saya tu. Masa tu tak de fikir apa pun. Dalam otak memang kosong. Zero. Macam tin kosong. Dalam kepala dunia saya cuma keluarga & anak2 je...

Tup2 satu hari hq Tupperware Brands hantar kad ahli pada saya. Dalam tu saya dapat sekali katalog. Bila dah dapat katalog tu baru saya nampak bisness ni camane. Ada benda yang saya nak rujuk pasal barang2 tupperware ni. 
Langkah pertama saya bila dah dapat katalog tu saya tunjuk kat kawan2. Bila dah tunjuk katalog kat kawan2 satu perkara yang saya tak jangka berlaku.
Sangat2 surprise. Sangat2 membuatkan saya terkejut & terkujat. Hahaha...
Nak tau apa kisah selanjutnya... baca blog saya lepas ni ye. Follow perjalanan bisness Tupperware saya melalui blog ni ye...

To be continue...(kikiki)


Ini gambar hiasan juga ye...heheheh

Tuesday, 3 May 2016

🍎🍎 Tupperware MandoChef 🍎🍎

Hai..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Yuhuuuu
Masa yang di tunggu-tunggu kini telah tiba.Lama dah tau saya tunggu Tupperware Brands Malaysia
kuarkan items ini, Nak tahu apa nama dia..??
Inilah Tupperware MandoChef.
Cantik & pelbagai guna tau. Lepas ni tak yah dah beli kentang goreng kat luar. MandoChef ini boleh
tolong sagatkan kentang menjadi keropok kentang ataupun kentang goreng yang ada macam-macam
bentuk, Mudah, cepat. Tak perlu tangan terluka sebab terkena pisau die.
Al-Maklumlah, pisau die tu tajam yang amat.

Kepada pengusaha katering, tokey kantin, @ penjual burger. Anda boleh guna MandoChef ini
untuk sagat bahan-bahan masakan anda.
Nak sagat timun ke, kobis ke, corrot keatau apa sahaja. Sanagt-sangat mudah dengan mata pisau yang tahan karat. Tupperware Brands, kualiti terbaikkkk.

Opsss..Hah! Dah tengok video tu..?
So, amazingkan...? Harus simpan satu dekat umah untuk kegunaan bila anak-anak nak makan fried fries. Tak yah dah beli dekat luar. Lebih jimat, lebih yakin dengan kualiti masakan makanan kita seisi keluarga.
Hmmm, agak-agaknya berapa set korang nak beli..?
Hah! Kalau nak beli. Pastikan anda membeli dengan saya dengan tawaran harga mampu milik.

Call/SMS/WhatsApps 013-7252169
Call/SMS/WhatsApps 013-7252169
Call/SMS/WhatsApps 013-7252169

Monday, 2 May 2016

πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»Langkah Awal Bisnes Tupperware πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»πŸ’ƒπŸ»

Assalamualaikum & salam sejahtera....
Saya Sharifah Radziah. Saya seorang surirumah yang mempunyai empat orang anak. Desakan & tuntutan hidup masa kini membuatkan saya terjebak dengan bisness Tupperware Brands.




Ini ialah set one touch. Saya mula terjebak dalam bisness Tupperware Brands adalah disebabkan set one touch ini. Pada awalnya, sebelum saya mendaftar sebagai ahli tupperware saya ingin membeli set ini daripada seorang kawan. Harga offer pada ketika itu ialah rm175.00 dan rakan saya menjualnya mengikut harga offer tersebut.
Selepas beberapa hari, saya ternampak di facebook seorang seller tupperware juga mengiklan barang yang sama. Saya bertanya berapa harga untuk set tersebut dan seller tersebut memberitahu dia menjual set tersebut pada harga rm135.00 sahaja.
Woww !!!!!
Saya sangat terkejut !.
Kenapa seller ni bole jual harga yang murah macam tu sedangkan kawan saya menjual pada harga yang agak tinggi....
Soalan demi soalan saya ajukan kepada seller tersebut dan beliau dapat menjawab setiap soalan saya dengan baik. Seller tersebut mengajak saya untuk mendaftar sebagai ahli Tupperware Brands supaya saya dapat menikmati pelbagai lagi faedah yang ditawarkan oleh Tupperware Brands.
Saya memberitahu beliau agar memberikan saya sedikit masa untuk berfikir. Kerana saya 'zero knowledge' tentang bisness Tupperware Brands.Lagipun masa tu saya berfikir, mampukah saya menjual produk Tupperware ??? Pada siapa saya nak jual produk ni kerana saya hanyalah seorang suri rumah. Dunia saya hanyalah anak-anak saya. Dan satu lagi, umum tahu bahawa produk ini adalah antara produk yang agak mahal harganya di pasaran.
Seller tersebut menjelaskan sebaiknya kelebihan menjadi ahli Tupperware Brands sehingga akhirnya saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Tupperware Brands bersamanya.
Maka...
Diringkaskan cerita, bermulanya langkah saya sebagai ahli Tupperware Brands pada bulan Oktober 2013. Saya telah di daftarkan oleh seller online tersebut pada 17/10/2013. Maka dengan rasminya pada tarikh tersebut seller tersebut menjadi upline saya dalam bisness Tupperware Brands.
Saya bersyukur & berterima kasih kepada upline saya kerana telah memperkenalkan saya kepada bisness Tupperware Brands.Walau pada awalnya saya rasa macam mustahil untuk saya menjual produk ini, tapi syukur alhamdulillah berkat semangat yang kuat untuk mengubah taraf hidup dan juga tunjuk ajar dari rakan-rakan niaga yang lain, saya berjaya menjana income saya sendiri melalui bisness ini.




Ini adalah sebahagian daripada keluarga besar bisness Tupperware saya. Kami mengamalkan sikap berkerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Walau kami jarang berjumpa, kami tetap mesra berhubung melalui whatsapp. Kami berbincang, berkongsi maklumat segalanya hanya di whatsapp.
Bila sesekali dapat berjumpa macam ni memang riuh jadinya....

Kini Tupperware Brands ada mengeluarkan set one touch yang sangat cantik. Setiap rumah harus ada set ini. Kerana inilah produk terbaik untuk kegunaan harian kita. Saya selaku ahli Tupperware Brands menyarankan kepada anda agar menggunakan set ini sebagai bekas penyimpanan pelbagai makanan anda dirumah.
Saya akan ceritakan kelebihan produk ini di lain masa ye.
Sentiasa mengikuti blog saya ini dari semasa ke semasa. Kerana saya akan kongsikan lagi pelbagai kelebihan produk Tupperware Brands.



Cantik kan...
Siapa suka ???
Angkat tangan...nak oder bole hubungi saya di fb Sharifah Radziah Binti Ahamat @ whatsapp saya di talian 013-7252196
Jumpa lagi...