(Walau sebenarnya awal pagi Kak Sari update blog ni...πππ).
Kali ni Kak Sari nak share aktiviti seharian Kak Sari pada 4 Okt 2016 yang lepas. Masa tu tak sempat nak update. Tu sekarang ni baru nak update. Hehehehe....
.
Hari tu macam biasa, aktiviti Kak Sari bermula dengan bangun pagi untuk solat subuh & kejut anak2 utk solat subuh jgk & bersiap ke sekolah.
Dulu2 Kak Sari kejut anak2 bangun dengan sebut nak pegi sekolah atau tak. Cth Kak Sari kejut si abg. Kak Sari akan cakap cam ni...
" Abg...bangun. Nak sekolah x? Kalau nak sekolah bangun cepat. Dah pukul bape ni...."
Haaaa....camtu la ayat Kak Sari dlu. Kejut ank2 bangun pagi bukan nak suh solat dlu. Tapi duk sebut nak g sekolah atau x.
Silap rupanya cara tu. Selepas terbaca satu sharing kat Fb, Kak Sari tak ingat dah sapa yg share ilmu tu. Sebab dah lama. Antara yang Kak Sari ingat ayat die ialah betulkan cara kita kejut anak bangun pagi. Kalau sebelum ni kejut suh bangun pagi sebab nak g sekolah, apakata kita ubah cara kejut anak waktu pagi tu. Kalau dulu fokus anak2 bila bangun pagi ialah sebab nk ke sekolah. Tapi lepas ni betul kan fokus kita & anak2 bangun pagi untuk solat dlu. Sebab apa ? Sebab kita perlu zahirkan dlu rasa SYUKUR kpd Allah SWT kerana Kali bernafas di muka buminya ini. Lagi satu supaya timbul satu kesedaran pd diri kita & anak2 khasnya bahawa SOLAT itu lebih utama dari yg lain2. Klu kejut suh bangun pagi sebab nk g sekolah. Jadinya nanti kita bangun pagi sebab nak g sekolah je la. Kalau tak sekolah tak bangun la pagi, ye tak ?. Kalau tak bangun pagi kul bape kita bangun ?. Kalau dah lewat bangun.... Subuh nya kemana?
Sedangkan solat itu yg utama....
So...start sekarang jom sama2 betulkan cara kita kejut anak2 kita bangun waktu pagi. Mula2 memang asyik tersasul je. Tapi lama2 alhamdulillah dah biasa sebut bila kejut anak2 tu cakap..." Abg...Kakak nurin...bangun.... Subuh. Dah pukul bape ni. Bangun ... subuh....nak g sekolah x..."
Haaaa.... Inilah ayat Kak Sari sekarang bila kejut anak2 waktu pagi. OK. Stop sini ye. Kita balik pd citer asal kita....
Bila anak2 dah ke sekolah Kak Sari start promote kat Fb la... Apa lagi. Hahahaha....
Lps promote Kak Sari kejutkan anak yg kcik. Si cubie bangun & mandikan die. Lps mandi nanti die request la nak sarap apa. Kadang2 anak ngeteh kat kedai favorite die. Kedai Cik Comel die panggil. Kak Sari layan je....πππ.
Lepas tu balik umah buat la apa yang patut. Basuh baju...kemas rumah ..atau paking barang cust.
Tapi sebab hari tu nak g stokis so x de la nak paking barang cust. Kak Sari mula gerak ke stokis lepas si nurin ke sekolah. Mcm biasa la, Kak Sari tumpang en.somi sebab en.somi gerak lambat ke tempat kerja die.
Urusan kat stokis kejap je. Sebab sebelum tu Kak Sari dah oder siap2 dari rumah. Kak Sari ada nak daftarkan ahli baru pun dah siap bg info detail kat adik stokis tu. Jd Kak Sari sampai tinggal submit borang ahli & buat payment je. Cepat la sikit sebab Kak Sari kejar masa nak COD barang cust yg join ahli tu. Dah siap urusan Kak Sari balik naik bas dengan cubie. En somi la tlg hantar sampai ke bus stand. Hehheh....
Haaaa....ni gambar Kak Sari wefie dengan si cubie sementara tunggu bas.
Bila bas sampai kami naik. Lewat kami sampai rumah sebab bas lambat. Selalu sebelum jam 6.30 petang kami dah sampai rumah. Tp kali ni maghrib baru kami sampai. Allah....sedih rasa masa tu sebab Kak Sari nak kejar masa nak g Kulai lagi lepas tu. Sebab nak COD brg cust yang join ahli tu. Cust tu tak nak pos sebab die nak cepat sebab nak balik kg. Kalau pos amik masa 1 hari minima. Sedangkan hari yg die nak balik kg tu baru hari yg Kak Sari bole poskan barang die. Jdnya tak de pilihan lain, lepas solat maghrib Kak Sari pinjam keta kawan Kak Sari sebab nak delivery barang kat cust tu. Kira2 jam 8 malam Kak Sari gerak dari rumah menuju ke Kulai. Anak2 semua ikut. Sebab takut Kak Sari balik lewat & dorang lapar sgt nnti. Wat teman Kak Sari pun ye jgk. At least apa2 hal anak2 ada dengan Kak Sari. Ini lah untungnya wat biz ni. Kemana pun Kak Sari pergi, anak2 bole ikut sekali. Mereka ada je depan mata Kak Sari sehari 25 jam & 8 hari seminggu πππ.
Kak Sari sampai kat umah cust tu dalam pukul 9.15 malam camtu. Dah sampai tu Kak Sari pun start la explain pasal barang yg die beli tu. Sebab die beli set botol susu & termos maka Kak Sari bgtau kelebihan produk tu & cara nk guna termos tu semua. Sebab termos tu bole guna jgk utk masak bubur. Termos tu jugak tahan panas selama lebih dari 8 jam. Yg ni testimoni Kak Sari sendiri la. Sebab Kak Sari pun guna termos tupperware ni.
Ini gambar Kak Sari tengah explain pasal termos.
Ini pulak gambar Kak Sari tengah explain pasal one touch @ bekas susu yang ada dalam set ni.
X de gambar Kak Sari explain pasal botol susu & puting susu Tupperware. Huhuhu....
Yang ni pulak Kak Sari tengah explain kelebihan freezermate. Cust ni kan join ahli sekali. Jadi die dapat la kitbag. Dalam kitbag tu kan ada freezermates. So.... Kak Sari explain jgk la.
Last session dengan cust ni semestinya wefie bersama katalog Tupperware & barang yang die beli.
Dah siap semua tu Kak Sari gerak balik dalam pukul 10.15 malam camtu. Kesian anak2 dah start ngadu lapar. Nak makan....ππ§ππ. Tapi Kak Sari cakap kat dorg bagi mama selesaikan kerja mama dlu. Bila dah siap semua & dah pulang keta kawan tu baru kita g makan. Bukan Kak Sari tak nak terus ajak dorg makan, tapi sebab Kak Sari kena kejar masa nak pulang keta tu. Maklum je la...org dah bagi pinjam tu dah syukur sangat2. Tak kan nak buat macam harta sendiri pulak kan. Lagi pun tak nak kawan Kak Sari tu risau sebab ini kali pertama Kak Sari pinjam keta die. Die pun risau jg sebab 1st time Kak Sari bawak keta tu. Jadi x mo la bagi dorang risau bila Kak Sari pulang kan lewat keta tu. Tu yang terpaksa tahan dlu perut. Huhuhu....
Kak Sari janji kat anak2 bila dah selesai urusan semua, dah siap pulang keta apa semua baru kita g makan. X kisah nak makan apa, kat mana.... Kak Sari tunaikan je. Yg penting urusan dah selesai.
Dah balik tu Kak Sari sampai Simpang Renggam semula dalam pukul 11.05 malam camtu. Ok la tu. Masa yg normal dengan jarak & had laju Kak Sari drive keta tu. Itu pun Kak Sari lalu highway. Kalau lalu jalan biasa lagi lewat sampai....
Dah sampai tu Kak Sari terus g pulang keta dlu. Tak nak kawan tu risau. Dah serah kunci & ucap terima Kasih Kak Sari balik la. Sebelum tu sempat la selit duit minyak kat kawan tu walau die tak nak. Sebab Kak Sari memang tak sempat nak isi Minyak sebab kejar masa. Tapi andai kata waktu Kak Sari bawak Minyak abes tengah jalan memang tak tau nak kata apa laπππ....
Last sekali aktiviti Kak Sari bawak anak2 makan malam tu kat KFC. Itu yg dorg nak. Kak Sari layan je sebab dah janji. Naik moto la kami empat beranak ke KFC dari rumah kawan Kak Sari tu. Dah lewat dah masa tu. Dah dekat pukul 11.30 dah. Takut dah tak bole makan kat sana je sebab dah lewat. Tapi pegi je...
Akhirnya....alhamdulillah. Dapat penuhi kehendak anak2 nak makan KFC. X no take away. Nak makan kat situ jgk. Mama layan jerrrr....πππ.
Dah siap makan balik umah & mandi. Tunggu abg Shakir siapkan kerja sekolah Dan π΄π΄π΄π΄. Berakhirlah aktiviti Kak Sari pada hari tersebut. Alhamdulillah....segala puji bagi Allah yang mempermudahkan urusan Kak Sari pada hari tu. Walau pada awalnya Kak Sari agak down jgk bila cust mintak nak barang tu cepat sedangkan kemampuan Kak Sari nak uruskan semuanya agak terhad, dengan tumpang suami g keja utk ke stokis. Bas yang lewat drp biasa. Terpaksa pinjam keta kawan sebab nak COD barang cust, apa pun Kak Sari memang bersyukur sangat2 bila semuanya di permudahkan. Terharu jgk dengan bantuan kawan Kak Sari tu. Memang sangat2 tak sangka suami die bole bagi lampu hijau utk Kak Sari guna keta die. Allahu Akbar !. Sungguh Kak Sari terharu.... Hanya Allah saja yang mampu membalas masa naik kawan Kak Sari tu. Dan semoga segala urusan kawan Kak Sari turut di permudahkan oleh-Nya. Aameen....
Ok la dear semua. Setakat ni je dulu Kak Sari tulis & share cerita Kak Sari ye. Semoga apa yang Kak Sari kongsikan ni mendatangkan manfaat buat dear semua. Terima Kasih kerana sudi membaca tulisan Kak Sari. Sayang semua....♥♥♥.
Jumpa lagi di main kali πππ.